Friday 5 October 2012

EnF EatFashion

Salam ceria semua.selain daripada suka berjalan-jalan cari makan (baru sedar duit dah habis,sebelum ni macam anak raja) ,kami juga suka masak dan berfesyen,tup tap tup tapp..tada....ting..terhasillah kerjasama antara kami.bisnes kami yang pertama.meh aku promot jap..jom layan.. ='=

 =EnF EatFashion =
 Anda mahu makan? anda mahu berfesyen? anda berada di tempat yang sesuai. Antara perkhidmatan  makanan dan fashion yang kami  sediakan untuk tempahan adalah seperti gambar-gambar berikut :

 For EAT


Mini Chesee tart
makaroni chicken mashroom
Puding Gula Hangus
Sambal tempe ikan bilis
Red Velvet Cake

 For Fashion
 Tudung gaya Heliza,cantik dan muslimah.
Hijab Saqina
Kami juga ada menjual tudung akel bidang 50 60 ,2tone,polkadot,dan juga fashion tudung muslimah yang lain. untuk keterangan lanjut boleh la ke Facebook kami dan add,
EnF  kami sentiasa menunggu anda.  :)

Monday 1 October 2012

BBQ CHICKEN (KOREA AGAIN)

lagi post pasal makanan!!!
kami admin mmg kuat makan, kot?
antara ayat yg selalu aku utarakan dan cakap kat anis...
"Anis, mcm anak org kaya je kitakan? asyik makan tempat mahal2?"-ayat konon terima kesedaran.
ble ckp gitu, mesti aku dgn anis gelak2, pasal apa? pasal ckp byk kali mcm tu, ttp nk jgk gi mkn kat tmpt mahal2.. anis pun bertekad dgn aku, "Adah, lepas ni kita bajet la, sebulan skali je makan mknn mahal2 ni, jimat sikit, bisnes online pun blm maju sgt ni.."*risau* aku pun ye kan aja.. dlm hati setuju 200%-
tp tekad mcm mana pn, kecundang jgk!! mcm yg story bbq chicken ni.. bknnya plan mcm khoa atau dubu-dubu, kisah ini un-plan katanya... kahkahkah...

========================================================================

lepas aku dan anis balik dr pasar malam kat area umah ktorg, hp bb aku jatuh, tp nasib la tak pecah.. aku cuak jgk tp biorkan aje bb tu kjp, klaparan soalnya, lps dah kenyang mkn laksa yg tak abis mkn, barulah aku terhegeh2 cari hp bb aku. oleh sb bb aku ni jenis slide, aku pn senyum je sb tgk dia mcm off, bila aku tlg slide aku, barulah perasan yg bila aku on slide, screen dia ilang, bila aku off slide, screen dia ada, heran jgk, aku dah agak, ni mesti kes jatuh td. aku pn off terus, cabut btry, lepas tu, aku on atau off slide aku, screen dia ttp gelap jgk.. aku ingt lcd problem la.. dok fikir2, aku pun suarakan isu nak hantar repair 'cik bb' aku ni kat kedai. anis ok jer. oleh sebab, sound bb ni mmg pernah buat hal sblm ni, aku fikir, baik aku repair je apa yg rosak, terus teringat kwn aku yg pernah suggest aku repair bb kat wangsa walk, kedai tu nama mobile station. aku ingat baik repair situ, katanya murah dan servis dia tiptop.
so, esoknya aku pun pergilah ke wangsa walk.. hehehe, teringat tempat ni.. :D lepas aku g hantar repair hp, tokey tu ckp dlam 1jam dia blh siap repair hp bb aku, nasib la tmpt repair bb ni senang nk cari. mmg kedai dia kedalam sikit tp mmg nmpk la sign kedai tu tmbh plak ramai org singgah kat kedai tu, aku agak dlm sehari, mau beribu dia untung kot.. lepas tu, aku dgn anis gi solat asar dulu, payah jgk nk cr surau dia, sb surau dia kat bawah sekali. lepas tu selesai solat, aku pn jln2 la.. ada nampak kedai makanan popeyes, kwn aku si anis ni ckpla kalau makan makanan dia ni blh jd popeyes ke? hahaha, aku tlg gelakkan jer. tbe2 terfikir jgk, blh ke eh? sengal!

popeyes..... 

mula2 ingat nak makan buah2 je tp depan kedai air buah tu ada restoran bbq chicken, kwn aku pn, jom lah try nk... ktorg tgk menu, mcm sedap, so, akhirnya kaki aku dgn ringannya melangkah masuk ke dalam kedai tu.. *ayat nk kias2*
akhirnya, konsep kesedaran kitorg pn hilang jgk..
tgh dok order tu, aku tgk cover buku dia, no.1 restaurant chicken from korea. aku pun, alamak, harap2 la menu dia sedap. tp, alhamdulillah, nampak puas hati jgk la. cuma tak sempat nk snap buku dan menu2 yg lain je, so, korang layan jelah menu2 yg ktorg order ni ye.. tata

anis order ini...olive lux chicken with rice

yg ini chicken burger, aku punya order...

mula2 nk try beef burger tp dah biasa makan burger daging, nk try la ayam plak

our bill.. senyum jer...

nasiblah menu dia sedap dan blh tahan, air dia aku order iced choclate, agak kurang la sikit coklat dia. so, aku bg 4bintang utk BBQ CHICKEN RESTAURANT

lepas amik bb aku, happy bercampur sedih pn ada, sb bb dah elok tp duit plak keluar mcm air. redha jelah, lgpun bb ni jarang buat hal. dah 3tahun aku pakai dia, mmg terbaik la bb torch yang aku selalu sebut 'torchlight' ni..  sblm balik tu, singgah beli chattime kjap, hehehe, perkara wajib! lepas tu singgah tmn melawati beli mihun sup maphilindo kat situ, mmg terbaiklah! sempat jgk la aku menjeling kediaman aka rumah sewa aku mse zaman2 aswara dulu. rindu ke?? ntah!


Thursday 27 September 2012

KHAO (THAILAND CONCEPT)


===ADAH VERSION===
Rabu,5 september- time ni, aku dgn kwn2 baru bbrpe harilah buat reunion. tapi girl2 je yg join, boy2 sibuk cr rezeki nk tawin kot. yg kitorg plak sibuk perabih duit.. cehhh.. lepas beberapa hari ktorg reunion, aku, anis and sarah berjumpa lg.. time tu anis plak la yg drive sb aku ada a few problem yg tk membenarkan aku drive..
time tu si anis la mesej kat aku ajak gi setia city mall, aku on je, sb keseorangan dirumah bersama si bulu2 aku yg berkaki empat ni, lepas tu ajaklah Sarah sb dia nak cari buku medic dia, tp kat MPH setia city mall ni, kedai kecik je, so buku yg Sarah cari takde jual. ktorg pun mulalah discuss nk makan kat mana, masing2 tanya bajet berapa utk lunch, mula2 kitorg intai jgk la restoran ala2 jepun tu, tp aku dgn anis, target tu utk next lunch la kononnya. lepas tu dr byk2 kedai makan yg ada kat setia city mall tu kitorg pn mula senarai pendekkan restoran yg menjadi target kami, ada dua, iaitu khao and seoul garden, tp sarah memilih khao sebab menu dia nampak menarik terutama yg extrem la sikit, ada api2 la kot.. hahaha
korang blh view kat bawah ni k, yg ini aku copy paste from other admin dalam blog ini. 
========================================================================
===ANIS VERSION===
Salam mesra semua. Sempena kebosanan yang melanda diriku ini  tiba-tiba, jadi dengan tiba-tiba aku meng'hupdate'kan blog ku ini dengan kisah makanan yang terkini dimana aku pergi me'ngap'kannye bersama kawanku. Kali ini aku  pergi ke satu restoran Thai yang agak menarik untuk di kunjungi sesiapa sahaja.

Restoran ni ada kat dalam Setia City Mall * Tempat lain aku tak tahu la kan*bersebelahan dengan Seoul Garden,**Taklah sebelah sangat,selang sebuah kedai lain**, Restoran ni agak exclusive gitu,cantik,sedap mata memandang,makanan dia pun sedap,kena dengan selera jugaklah,harga dia pun hensem bagi aku,tapi bagi orang yang berduit bese je kot,mahal lagi SR yang jual kek tu,emmmm... Aaaa apa?korang tak pernah dengar dan tak tau akan Setia City Mall ini? oh senang je,meh sini aku terangkan sikit.

Terletak di Setia Alam  diantara Meru dan Shah Alam, Setia City Mall merupakan Mall yang terbaru dibangunkan dan akan menjadi popular agaknya bagi penduduk Klang dan Shah Alam.Bagi aku yang dah bosan dengan JJ bkit tinggi, Setia city Mall adalah pilihan aku waktu ini yang mana amat sesuai untuk aku menyegarkan mata.Aku rasa konsep dia macam Alamanda sikit.apa yang best kat tingkat bawah dipenuhi dengan kedai dan kiosk makanan,seperti KFC,MCD,Nando's,Seoul Garden,Delicious,Hot n Roll,amos famous,dan banyak lagi ***aku sebut yang popular di mata aku je***,korang harus pergi sendiri la kan..kalau nak makan-makan pastu nak tengok wayang bagai kat tingkat atas.

Disebabkan aku banyak membebel,moh le aku Menyegarkan mata kalian semua dengan makanan di satu restoran Thai bernama 'Khao'.Pengambaraan makanan aku bersama kawan-kawan adawiyah dan sarah.Huhu.



Ni Menu dia,cantik!


Nampak tak? Deco dia memang indah,dan gambar makanan kat dinding tu memang ada,nasi dalam mangkuk,tomyam,dumplin bentuk bunga,makanan satu set.meja dia sebelah tepi ni  pasal kitorang duk situ.


Kitorang order yang set punya,ambik yang kuali atas api. Best betul,terasa kebatakan melanda, aku dan kawan aku sarah mula-mula nak ambik set yang takda kuali,macam nasi ayam la,tapi disebabkan tengok takda kuali atas api,kitorang pilih set yang lain
**yakni yang ada api la..** hahaha


yang ni sarah punya, Set dia nasi semangkuk,ada telur mata kerbau,(nasi dia sedap hokay) ##obses la tu##
dia pilih atas kuali tu seafood red curry ..memang sedap la.pastu ada sub bebola. kerabu mangga,udang tempura berbentuk itik,**sayang nak makan** dumpling bentuk bunga orkid kot.**makan sikit sebab tak minat**.dan buah tembikai. harga dalam RM22 camtu.Air order lain.


Ni adawiyah punya,sama je cam yang atas cuma lauk atas kuali tu ayam kari kuning.


Air Jus epal adawiyah ,ada serai,aku dengan batak keluarkan serai tu dan bau. emmm tak bau serai lansung,bau wangi epal.huhu.


Yang ni aku punya la,tapi tak nampak dalam kuali,ambik daging goreng pedas je kot.



Nampak habis licin kami makan pinggan sekali..lebih la kan.. mana ada ..dah habis je makan orang tu terus ambik bekas semua.dalam hati aku pikir,emm tak cukup pinggan agaknya,lagi-lagi yang kuali api tu..hahah tak tau lah..mungkin itu cara dia kan.

Begitulah kesudahan entry kali ini. Makan dengan kenyang dan kami pulang sambil beli Hot N Roll, Donut Krispy Kreme,dan adawiyah takkan tinggal air Chatime dia.aku pun tak tau apa yang sedap sangat..hahah sori dawiyah.** aku tak suka buah selasih dia yang besar sangat tu la..tersedak aku** hehehe

di copy dr blog-semuaadabolehke.blogspot.com
========================================================================

Wednesday 26 September 2012

DUBU-DUBU TIME (OBSES KOREA)

welcome DUBU-DUBU

 == Adah Version ==

Jumaat, 21 september-tengah leka melayan si anak bulu berkaki empat, telipon bimbit dok berbunyi, mesej dr seorang teman yang memang obses dgn korea. Aku tersenyum, hampir seminggu juga tidak berhubung dengan dia, seperti biasa mesej bermula dgn buat apa? hahaha, aku dah agak apa yg dia nak. projek!
deal and deal berlangsung, tepat pukul 12, aku keluar dan pergi ke rumah temanku yang sms td. hanis, rumah dia pun tk jauh dr rumah aku, jalan kaki pn sampai, gedik nak bawak kereta. hehehe
Dubu-Dubu-one utama atau mid valley?
dua pilihan tempat yang menjadi perselisihan destinasi antara kami. aku macam nak bawa gi one utama je, tp anis tak ingat lokasi restoran kat situ, tp area midvalley pun si anis ni tak ingat jgk, hah, acamner tu? last2, pergi jgk la mid valley yg terchinta tu.
tempoh perjalanan ambil masa 1jam jugaklah, sebab waktu2 genting, orang keluar lunch n keluar menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. tup2, sampai mid pukul 2 lebih. bab ini yang nak nangis, sebab parking kat mid waktu ini memang pack! aku heran gak. hampir 20 minit cr parking, last2 dapat jgk la.
selesai mengeluarkan duit untuk berbelanja besar pd hari itu, besar la sgt kononnya. proses mencari dubu-dubu restaurant menemui jalan buntu. hampir setiap point direction aku dgn anis berhenti menelaah map kat midvalley tu.. apasal kias aku ni mcm gempak? hahahah
dok jenguk2, akhirnya kelibat dubu-dubu menarik mata aku dan teman yang obses dengan korea ni. aceh!

 == Anis Version ==

Oh lupa,sebelum sampainye kami di restoran tu,aku pesan dekat adah supaya buat cam bese je,jangan tunjuk" kebatakan" kami ,buat macam dah bese makan makanan korea ni,(well memang tak pernah pun,huhu).Tapi aku kan dah terobses sangat macam tak sabar la kan.
sampai je kat depan kedai tu,aku cakap " ha jom pergi kat situ"  Adah balas " taknak tengok menu dulu ke?" aku pun emmm errkkk..baru aku perasan yang aku nak tuju tu ialah kaunter bayaran,dan menu ada kat luar je,bahahaha..rilek-rilek takda orang pasan lagi.nasib adah cepat bertindak,kikiki.
kemudian kami pergi ke menu tersebut dan dilayani seorang pelayan lelaki ,Kitorang tanya soalan selamat " ermm yang mana sedap eh " (dalam hati aku cakap,errr camana nak makan nih) tak taula hati adah kan..kikiki..aku memang camni, pastu pelayan tu balas, " aaa yang paling popular ni la,dia ala-ala tomyam.. Kami pun balas " oooo ok lah nak makan" dan kami masuk dibawa oleh pelayan tersebut duduk di belakang sekali tapi bahagian tengah la meja untuk 2 orang.
Nampak ramai dak pempuan melayu yang bertudung datang makan,dalam hati aku berkata-kata,"sah dorang ni Kpop Fans yang terjerit-jerit tu" hahaha ye la datang satu geng,kalau dah ramai yang makan satu geng mesti dorang ni peminat kpop yang tak duduk di alam nyata,i mean  sebab dorang muda-muda dari aku,aku tau la yang dok terjerit-jerit sanggup beli tiket harga rm500 untuk tengok super junior..aku kenal muka-muka camtu..waahhahaha..(actually aku minat tapi sampai tahap terkinja-kinja pakai tudung beli tiket mahal-mahal,kejar kat airport,akhirnya apapun takda,dorang pandang rendah lagi kat kita ada la..)
Ok seterusnya sambung balik yang tadi eh,melalut sikit je. Sebelah kiri budak-budak perempuan 3 orang,sebelah kanan couple cina,aku tengok dia makan yang macam tomyam tu cam selera je makan. Kami diberi menu dan pelayan tu blah dari situ.

apa benda ni?

==Adah Version==

Selepas tu, kami pun belek2 la buku menu yg diberi pelayan td, sambil2 aku dok jeling2 couple cina ni punya makanan, nmpk mcm sedap tp tak in dgn selera aku plak. smbil dok fikir nak order yg mana satu, aku pun layan jgk la lagu2 yg dorang pasang kat screen tv dorang. lagu korea la, apa lg, walaupun tk faham maksud lagu dorang, tp muzik dan rentak dia, best! hehehe..
ok2, balik pada menu. oleh sebab aku tgk org sblh mknn mcm tk best, aku order la cheese toppokki, mula2 heran gak apa dia toppoki tu, ada tulis kat menu, rice cake, so, aku agak2 la yg mknn tu sedap, pelayan dia pun ckp la yg toppokki tu pedas, aku agak risau gak mulanya, tp yakin lah yg benda tu sedap, aku take it jelah menu tu. air plak aku order, air peach tea apa benda ntah. yg kwn aku anis ni, order Dol Sot Bibimbap, aku taktau apa dia, tp tgk gmbr, ada set mknn dia, sayur, telur, daging, jagung n ada lg la, nmpk mcm sedap la, aku hampir nk tukar menu mulanya, tp bila tgk nasi, aku tknk, takut kenyang sgt, tk larat karang nk jalan, midvalley tu dah lah besar, lainlah kalau ada org nk dukung (mampu ke?hahahaha*senget*), lepas tu kwn aku order air mineral je sb dia order ala2 ABC, namanya Dubu Bingsu. aku agak2 sedap, sb tgk gmbr dia, mmg menyelerakan.
lepas tu, tunggu order smpi, ktorg pn layan kjp video kat screen tv dorang pasang, smpi la air peach aku tu. sedap la jgk, rasa masam2 manis gitu. hehehe, feberet gaklah rasa air dia. dok tunggu, smbil2 jeling jam, almaklumlah jumaat, aku plak belum lg solat zohor, hehehe, risau plak terlepas waktu. lama jgklah menunggu order ktorg smpi. tgk bdk2 pmpn bertudung sblh ktorg, dorang pn tk smpi lg order, yg couple cina sblh ktorg dah lama beredar, meja pn dh kosong, aku pn mulalah pertimbangkan servis dorang kat sini, slow gila. perkiraan bintang yg tdnya mcm nk bg 5 tp menurun ke 4bintang sb servis slow, mana taknya, air peach aku dah surut stgh gelas aku minum dr td. *bengang*

menu yang anis order ^^

last2 sampai jgk order ktorg. aku tgk menu anis, anis tgk menu aku, pastu ktorg senyum2, sengih2, apa pun tak tau.. hahahaha.. amik gambar sat pastu melantak lah. tak lama pastu, aku tgk air muka anis berubah sikit, aku plak stil lg layan toppokki aku, pedas jgk la, tp aku suka cheese dia, aku layan je kepedasan dan kelemakan rasa makanan aku. lepas tu aku tanya anis, apasal beb? dia geleng je, lps tu ktorg tukar la makanan, ala2 sharing is caring gitu. aku rasa makanan anis, alamak... hehehehe, 1bintang lost. mmg tk sedap, nasi dia tawar gila! makanan dia mcm tk cukup garam. er, atau mungkin mmg rasa mknn dorang mcm tu kot, tp aku tgk a few yg dtg kat situ, nmpk mcm sedap je layan mknn tu terutama couple yg sblh ktorg sblm ni, licin tau mangkuk nasi dorang. tp ada jgk la aku tgk org2 kat situ yg dr senyum2 berubah muka lps mkn nasi korea tu terutama kwn aku si anis tu, bahahaha

menu yg aku order, apasal lak gmbr mcm ni?
 
==Anis Version==
 Oi,kau kutuk aku ye..hahahaha.. memang pun makanan tu amatlah takda rasa apa,sebenarnya aku terpengaruh dengan cerita korea dari zaman Full House lagi,makan nasi gaul-gaul gitu,dorang panggil bibimpap,aku ingat macam nasi gireng la kot,sekali makan,huh apa makanan yang telah aku telan ni? bermacam-macam benda aku pikir bila makan benda tu.pening jadi. aku pun bagi la adah rasa.nah..rasa la adah..hahahaha



==Adah Version==
lps dh bbrpe kali tukar mknn, anis akhirnya suruh aku abiskan makanan dia, mmg tk larat kot. dah lah makanan aku order td, aku mkn smpi licin, sb kelemakan cheese tu mmg aku suka! hehehe aku pun cubalah tp ttp tk blh abiskan mknn anis tu, lepas tu aku try la rasa set sayuran yg dihidangkan tu. terus hilang lg 1 setengah bintang, aku rasa kalau aku ni dijadikan watak dlm kartun, mesti pelukis dia kalerkan muka aku waktu tu dgn kaler hijau, pastu buat muka buruk sikit, hahaha, sayur dia tk sedap, dah tu sejuk plak tu. aku try ala2 tauge tp tauge yg pendek tu, pergh........mmg tk in dgn lidah aku lah mknn dorang ni. tbe2 aku teringat sejarah mkn kat restoran thai kat setia alam, itu lg better dr restoran ni. (nanti aku update story itu plak)
lepas tu aku try ABC dubu-dubu bingsu tu, em, yg ini sedap. rasa soya n oat sikit. yg menjadi persoalan masa aku rasa ABC tu, dia menghidangkan pulut hitam atau kacang merah ye? sebab rasa dia lebih kurang sama, anis ckp pulut hitam, tp aku rasa mcm kacang merah, aiseyyy... persoalan terhenti disitu akhirnya.

so, aku kira2, untuk Dubu-Dubu restaurant ni aku bg 2 setengah bintang je sb makanan dia tak in dgn aku kot. 1bintang utk toppokki, 1 bintang utk dubu bingsu, setengah plak utk air peach tea, sb air tu dia bg sikit sgt. hahaha, kalau lah blh order air gelas besar.*ngade plak aku ni*

so, korang layan la gmbar2 menu dr Dubu-Dubu yg sempat aku snap =) 

antara menu yg tersedia...

telur dadar pun ada... hehehe

ini antara yg diorder oleh kawan ku...

aku hampir tergoda untuk order menu ini

menu air yg disediakan

mcm sedap jer tgk udang dia, mcm melambai-lambai jer..*mai la makan aku*

patut cuba....

dubu-dubu bingsu (ala2 ABC)

bayaran yang perlu dibayar.. takkan nak pergi tanpa bayar plak.. hehehe

Friday 21 September 2012

PEMBUKA BICARA

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
KAMI BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...