===ADAH VERSION===
Rabu,5 september- time ni, aku dgn kwn2 baru bbrpe harilah buat reunion. tapi girl2 je yg join, boy2 sibuk cr rezeki nk tawin kot. yg kitorg plak sibuk perabih duit.. cehhh.. lepas beberapa hari ktorg reunion, aku, anis and sarah berjumpa lg.. time tu anis plak la yg drive sb aku ada a few problem yg tk membenarkan aku drive..
time tu si anis la mesej kat aku ajak gi setia city mall, aku on je, sb keseorangan dirumah bersama si bulu2 aku yg berkaki empat ni, lepas tu ajaklah Sarah sb dia nak cari buku medic dia, tp kat MPH setia city mall ni, kedai kecik je, so buku yg Sarah cari takde jual. ktorg pun mulalah discuss nk makan kat mana, masing2 tanya bajet berapa utk lunch, mula2 kitorg intai jgk la restoran ala2 jepun tu, tp aku dgn anis, target tu utk next lunch la kononnya. lepas tu dr byk2 kedai makan yg ada kat setia city mall tu kitorg pn mula senarai pendekkan restoran yg menjadi target kami, ada dua, iaitu khao and seoul garden, tp sarah memilih khao sebab menu dia nampak menarik terutama yg extrem la sikit, ada api2 la kot.. hahaha
korang blh view kat bawah ni k, yg ini aku copy paste from other admin dalam blog ini.
========================================================================
===ANIS VERSION===
Salam mesra semua. Sempena kebosanan yang melanda diriku ini tiba-tiba, jadi dengan tiba-tiba aku meng'hupdate'kan blog ku ini dengan kisah makanan yang terkini dimana aku pergi me'ngap'kannye bersama kawanku. Kali ini aku pergi ke satu restoran Thai yang agak menarik untuk di kunjungi sesiapa sahaja.Restoran ni ada kat dalam Setia City Mall * Tempat lain aku tak tahu la kan*bersebelahan dengan Seoul Garden,**Taklah sebelah sangat,selang sebuah kedai lain**, Restoran ni agak exclusive gitu,cantik,sedap mata memandang,makanan dia pun sedap,kena dengan selera jugaklah,harga dia pun hensem bagi aku,tapi bagi orang yang berduit bese je kot,mahal lagi SR yang jual kek tu,emmmm... Aaaa apa?korang tak pernah dengar dan tak tau akan Setia City Mall ini? oh senang je,meh sini aku terangkan sikit.
Terletak di Setia Alam diantara Meru dan Shah Alam, Setia City Mall merupakan Mall yang terbaru dibangunkan dan akan menjadi popular agaknya bagi penduduk Klang dan Shah Alam.Bagi aku yang dah bosan dengan JJ bkit tinggi, Setia city Mall adalah pilihan aku waktu ini yang mana amat sesuai untuk aku menyegarkan mata.Aku rasa konsep dia macam Alamanda sikit.apa yang best kat tingkat bawah dipenuhi dengan kedai dan kiosk makanan,seperti KFC,MCD,Nando's,Seoul Garden,Delicious,Hot n Roll,amos famous,dan banyak lagi ***aku sebut yang popular di mata aku je***,korang harus pergi sendiri la kan..kalau nak makan-makan pastu nak tengok wayang bagai kat tingkat atas.
Disebabkan aku banyak membebel,moh le aku Menyegarkan mata kalian semua dengan makanan di satu restoran Thai bernama 'Khao'.Pengambaraan makanan aku bersama kawan-kawan adawiyah dan sarah.Huhu.
Ni Menu dia,cantik!
Nampak tak? Deco dia memang indah,dan gambar makanan kat dinding tu memang ada,nasi dalam mangkuk,tomyam,dumplin bentuk bunga,makanan satu set.meja dia sebelah tepi ni pasal kitorang duk situ.
Kitorang order yang set punya,ambik yang kuali atas api. Best betul,terasa kebatakan melanda, aku dan kawan aku sarah mula-mula nak ambik set yang takda kuali,macam nasi ayam la,tapi disebabkan tengok takda kuali atas api,kitorang pilih set yang lain
**yakni yang ada api la..** hahaha
**yakni yang ada api la..** hahaha
yang ni sarah punya, Set dia nasi semangkuk,ada telur mata kerbau,(nasi dia sedap hokay) ##obses la tu##
dia pilih atas kuali tu seafood red curry ..memang sedap la.pastu ada sub bebola. kerabu mangga,udang tempura berbentuk itik,**sayang nak makan** dumpling bentuk bunga orkid kot.**makan sikit sebab tak minat**.dan buah tembikai. harga dalam RM22 camtu.Air order lain.
Ni adawiyah punya,sama je cam yang atas cuma lauk atas kuali tu ayam kari kuning.
Air Jus epal adawiyah ,ada serai,aku dengan batak keluarkan serai tu dan bau. emmm tak bau serai lansung,bau wangi epal.huhu.
Yang ni aku punya la,tapi tak nampak dalam kuali,ambik daging goreng pedas je kot.
Nampak habis licin kami makan pinggan sekali..lebih la kan.. mana ada ..dah habis je makan orang tu terus ambik bekas semua.dalam hati aku pikir,emm tak cukup pinggan agaknya,lagi-lagi yang kuali api tu..hahah tak tau lah..mungkin itu cara dia kan.
Begitulah kesudahan entry kali ini. Makan dengan kenyang dan kami pulang sambil beli Hot N Roll, Donut Krispy Kreme,dan adawiyah takkan tinggal air Chatime dia.aku pun tak tau apa yang sedap sangat..hahah sori dawiyah.** aku tak suka buah selasih dia yang besar sangat tu la..tersedak aku** hehehe
di copy dr blog-semuaadabolehke.blogspot.com
========================================================================








No comments:
Post a Comment